Tahun 2010 sudah berada diambang pintu dan ketika ini kebanyakan orang sudah mengira-ngira juga merancanakan azam baru, begitulah hendaknya bagi kita yang mahu terus memajukan diri dan masyarakat untuk keseimbangan meniti arus perdana haluan wawasan Negara yang tidak terkecuali kepada sesiapapun juga. Justeru kesempatan ini ingin menyampaikan ucapan selamat menyambut Tahun Baru 2010, semoga tahun yang akan datang kelak akan membawa lebih banyak kejayaan daripada tahun ini. Itulah yang menjadi harapan setiap orang yang berkehendak kepada kejayaan daripada perlaksanaan azamnya.
Ada tinggal beberapa bulan lagi sebelum tiba Mac 2010 tepatnya pada 14 haribulan, time gauge (ukuran masa) genapnya 2 tahun saya tinggalkan Jabatan Pendaftaran Semporna kerana persaraan wajib, maknanya status saya ialah sebagai orang awam dari semenjak tarikh itu. Pada kebiasaan bila tarikh itu tiba saya akan menerima Kad Ucapan Hari Ulang Tahun daripada Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, begitu juga halnya dengan yang lain. Peristiwa ini walaupun ini kecil tak bererti apa-apa dan suatu perkara biasa sahaja, tetapi ia bermakna dan dapat menyemarakkan rasa gembira di hati akibat keperihatinan daripada Jabatan tempat kita bekerja apalagi oleh orang dalam Jabatan yang berkedudukan paling tinggi, ini patut sekali dikekalkan sampai bila-bila sebagai menefestasi penghargaan kepada pekerja di peringkat sokongan yang dapat mencetuskan semangat dan rangsangan yang dapat menyumbang kepada peningkatan daya saing dan produktibiti lantaran merasa dihargai.
Kembali kepada kehidupan orang awam memang bagaikan “culture shock” kejutan budaya bagi saya kerana kebiasaan lama yang masih terbawa-bawa tetapi tidaklah pula sampai menimbulkan masalah. Sudah tidak berbuat apa-apa kerja, aktibiti kehidupan harian saya lebih banyak kepada menelaah buku-buku lama dan melayari internet di komputer mencari maklumat untuk menambahkan khazanah ilmu pengetahuan saya, ini juga merangsang aktibiti minda daripada membeku sebagaimana saya baca daripada kajian para ahli psikologi di Amerika baru-baru ini terhadap orang dewasa yang lanjut usia. Melihat pada pengalaman dan mungkin juga kebolehan saya, ternyata ada juga pihak yang menawarkan kepada saya jawatan atau posisi yang boleh diambilkira sebagai penting juga, tapi saya lebih suka untuk berkhidmat kepada agama sebab itulah tawaran menjadi Imam di Masjid Inabah saya terima meskipun pada mulanya saya beralasan menerima dan mahu menolaknya atas kesedaran bahawa penguasaan ilmu agama saya yang tidak seberapa kata orang-orang kita sekadar cukup makan sahaja. Syeikh Mursyid pembimbing ruhani yang selalu saya kunjungi pernah berkata: “ Adalah baik untuk menjadi orang penting tetapi lebih penting untuk menjadi orang baik ”. Inilah yang mendorong saya mengulangkaji kembali pelajaran-pelajaran agama yang pernah saya pelajari dahulu sampai yang terkini merungkai kembali konfiden dan alhamdulillah hasilnya boleh tahan juga lah. Saya teringat Allah swt pernah berfirman di dalam Al-Qur`an bermaksud: ” Siapakah yang lebih bagus perkataannya daripada orang yang berdakwah tentang Allah dan berkata sesungguhnya aku adalah di kalangan orang beriman “.
Namun tujuan daripada tulisan ini bukan mahu menceritakan itu semua melainkan sekadar melahirkan nostalgia masabakti saya, seperti kata pepatah sedangkan tempat jatuh lagi dikenang ini kan pula tempat bermain. Saya dari kejauhan sentiasa mengikuti perkembangan, dan saya dapat saksikan banyak perubahan secara fisikal kepada Jabatan Pendaftaran Semporna. Dulu Pejabat yang berdekatan dengan laut bekas gudang yang diubahsuai menjadi ruang pejabat adalah antara pejabat yang paling cantik dan hebat, hanya sahaja lokasinya mungkin tidak menepati citarasa pelanggan bahkan juga para kakitangannya di pejabat. Kalau dilihat Pejabat yang ada sekarang yang tidak sempat saya duduki memang sekali pandang lebih baik dari pejabat yang diduduki dahulu, layout yang bolehlah dikatakan memenuhi citarasa pelanggan dan karyawan, dan barang perlu diingat satu-satunya yang sudah menjadi trademark Jabatan Pendaftaran ialah bilangan pelanggannya yang ramai sehingga kadang-kadang sampai ke tahaf di luar kemampuan untuk dikawal, kalau semua itu tiada bukan Pejabat Pendaftaran namanya. Fenomena ini dapat dilihat di mana-mana Jabatan Pendaftaran, bukan di sini sahaja bahkan sampai ke Putrajaya pun begitu, jadi scenario ini sudah melalikan dan jadi suatu perkara yang biasa yang tidak perlu kita hairan lagi.
Keluhan, sungutan dan tohmahan adalah asam garam kehidupan, yang perlu juga diambil perhatian tapi bukan untuk dilestarikan, sudah lumrah bagi mereka yang berhasil akan tidak habis-habis memuji dan yang yang gagal pula akan terus menerus mengeji, kalau mahu diambilkira semuanya itu alamat kaki mahu melangkah pun payah. Satu perkara yang sangat susah untuk dilaksanakan ialah memberikan kepuasan kepada semua di dalam satu masa, itu adalah hakikatnya. Bukan maksudnya tidak memperduli tapi harus pula dikaji dan diperhati supaya tidak sampai kita mendzalimi dan berlaku tidak adil kepada orang yang menyumbangkan khidmat bakti kepada kita dan masyarakat kita. Pendekatan yang berhikmat adalah jalan yang sebaik-baiknya bagi kedua-dua pihak dengan kesudahan situasi menang-menang (win win situation).
Saya agak terkilan juga bila sampai ke hari ini masih ramai kawan-kawan dan orang ramai yang rapat masih terus menghormati dan mengenangi masabakti saya dan mudah-mudahan tidak akan ada yang sampai membuang muka yang sudah tentu mengecewakan saya. Ini ternyata bila masih ada juga individu-individu yang mendatangi saya dan meminta pertolongan yang saya terpaksalah menjelaskan bahawa saya tidak dapat membantu kerana tidak lagi berkhidmat di Jabatan Pendaftaran, bagaimana pun saya menasihatkan supaya datang ke pejabat dan berjumpa pegawai yang yang bertugas di samping member panduan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya mana perkara yang boleh dibuat dan mana yang tidak boleh.
Semasa dalam perkhidmatan saya sentiasa menganggap berkerja itu ibadah, dengan niat yang semata-mata untuk mendapat barkah Allah, sebab itulah saya dalam banyak situasi lebih suka bercakap berbentuk pandangan dan nasihat, diterimapakai alhamdulillah tidak pun Alhamdulillah kerana kejahilan itu punca yang banyak menyebabkan manusia menjadi salah pandang, salah lihat, salah dengar dan salahlaku. Pada masa di penghujung perkhidmatan saya dalam Kerajaan sebelum sampai tarikh persaraan, perasaan cemas memang selalu ada dan menyebabkan saya lebih banyak berhati-hati apa lagi dengan kerusi panas yang saya duduki kerana boleh sahaja terjadi kepada ` Panas setahun itu hapus oleh hujan sehari `.
Saya ingin berpesan sebagai “ Abang Amat “ (satu lagi trademark yang diberikan oleh semua kakitangan pejabat disebabkan saya adalah yang paling senior dari segi umur ketika itu). Ada pepatah melayu mengatakan “ Buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali “ yakinlah setiap pekerjaan yang dilakukan untuk tujuan mendapat kebaikan bagi diri dan juga orang lain serta disandarkan kepada Redha Allah itu adalah kategori ibadah namanya. Rasulllah pernah bersabda yang mafhumnya: “ Barang siapa yang bekerja semata-mata untuk mencari nafkah untuk ahli keluarganya, Allah akan mengampunkan dosanya pada hari itu “ hadith muttafakum alaihi.
Wallahu a`lam...
Akhiru kalam mengucapkan “ Selamat Tahun Baru 2010 dan Maal hijrah “

No comments:
Post a Comment