Showing posts with label Forum. Show all posts
Showing posts with label Forum. Show all posts

Friday, December 11, 2009

mari kita fikirkan bersama…….

February 10, 2009 — saikh wrote on mattanjo`s blog

Bila disebut fasal sampah sudah tentu dalam benak kita tergambar sesuatu yang kotor, busuk dan sebagainya dan itu memang kenyataannya. Dari mana datangnya sampah itu? itulah pula persoalannya. Saya membawa anda ke satu lokasi sebagai contoh…..?

Kalau kita melalui jalan ke Kawasan Persekolahan Sekolah Kebangsaan Pekan 2, Perjalanan sebelum sampai ke destinasi kita ke situ, akan melalui satu pengalaman dan pemandangan yang jarang-jarang berlaku di mana-mana dan menyebabkan kita secara otomatik didatangi pelbagai persoalan dan tandatanya yang tidak dapat terjawab dengan tepat, kerana sudah sekian lamanya penduduk kawasan di situ terutamanya anak-anak didik yang menimba ilmu di situ, setiap hari harus mengalami suasana persekitaran yang menghidangkan pemandangan yang tidak selesa mata memandang, dengan baunya yang susah hendak digambarkan dengan kata-kata, namun itulah hakikatnya, dan sedikit sebanyak ia memberikan kesan yang negatif terhadap pembelajaran, pertumbuhan minda serta kesihatan fisikal anak-anak sekolah.

” Dump Ground “ atau timbunan sampah sarap yang dilonggokkan di situ, hari demi hari bertambah tinggi, kerana di situ sahaja tempatnya tiada pilihan lain lagi, sehingga penduduk dan anak-anak sekolah disitu pun sudah menjadi lali dengannya, melihat keadaan itu seperti biasa sahaja, namun effeknya kelak kepada mentaliti mereka yang membawa set minda kepada sikap atau tabiat bahawa membuang sampah itu boleh saja dilaukakan sewenang-wenangnya.

Para pembaca sekalian .., bila anda membaca tulisan ini jangan lah melata, jangan sekali-kali menuding jari kepada sesiapa, kerana perkara ini telahpun berlaku, lebih baik kita ambil sikap tidak menyalahkan siapa-siapa, tetapi kita fikirkan bersama-sama secara positif bagaimana caranya kita membantu supaya ia boleh diatasi,

Saya percaya ada pihak yang mahu mendengarnya. Apa yang penting ialah sikap dan cara pemikiran kita, kerana masalah sampah ini bukan berlaku di situ sahaja, malah ia merata-rata. Kita boleh membantu mengurangkan masalah ini asalkan saja kita mahu melakukanya, Kalau kita fikirkan, Sampah sarap yang ada itu pun sebenarnya datang daripada kita juga, kerana sikap sesetengah daripada masyarakat kita yang sambil lewa dan tidak peka terhadap kebersihan dan keindahan alam sekitar.

kita boleh mengelak daripada membuang sampah ke tempat-tempat yang tidak sepatutnya dijadikan tempat pembuangan sampah, misalnya Kawasan-kawasan Sekolah, Tanah-tanah Perkuburan apalagi Tanah Perkuburan itu tempat Umat Islam disemadikan yang sepantasnya mendapat penghormatan daripada kita yang masih hidup, terutama daripada yang namanya Umat Islam, begitu juga tempat-tempat lain yang seumpamanya. Inilah salah satu perkara yang kita selalu terlepas pandang.

Islam sangat mengutamakan kebersihan sehingga dikatakan ” Kebersihan itu sebahagian daripada Iman “ dan kalau disebut Iman itu satu semua orang tahu, Kalau kita tidak peka terhadap perkara-perkara seperti ini, boleh ia menjejaskan imej kita sebagai umat Islam, umat yang terbaik yang pernah dilahirkan di muka bumi ini. Sikap kita sebeginilah yang menyebabkan orang yang bukan daripada golongan kita memandang serong dan rendah terhadap umat Islam.

Adanya peraturan-peraturan dan undang-undang semata-mata tidak akan berhasil tanpa penguatkuasaan dan penguatkuasaan pula tidak akan berhasil sepenuhnya jika masyarakat atau orang ramai tidak memberikan kerjasaama. Seruan Amar makruf nahi mungkar yang dianjurkan Agama kita, tidak terhad kepada perkara-perkara yang ritual dalam agama sahaja, ianya juga menjangkau ruang lingkup kehidupan kita keseluruhanya, dalam ertikata lain seluruh lapisan masyarakat itu tidak harus bersikap ” lepas tangan “. Membiarkan perbuatan sebegitu berlaku dengan tidak ada satu respon kita untuk mengurangkan kalau pun tidak dapat mencegahnya, tanpa kesedaran terhadap sesuatu yang boleh mendatangkan kesan negatif dan mudharat terhadap individu mahupun masyarakat tidak harus dibiarkan. Kita harus mengambil langkah memberikan kesedaran kepada masyarakat.

Pihak berkuasa dengan Undang-undang serta tugas penguatkuasaannya tidak akan berdaya untuk menangani semuanya kalau wujud mentaliti dalam segelintir masyarakat kita yang tidak kisah dengan pembuangan sampah kerana berfikir ada juga petugas yang melaksanakan kutipannya, lihat sahaja di kawasan pasar kita, sewenang-wenangnya orang kita membuang sampah. Di situ ada ” Tourist Spot “ dan mendedahkan keadaan ini kepada orang-orang asing dan secara langsung atau tidak langsung menggambarkan bahawa itulah tamadun Bangsa kita kepada mereka, sedangkan kita selalu gembar-gemburkan Pekan kita sebagai Pekan Pelancongan.

Saya percaya jika semua pihak membantu pihak berkuasa, semua pihak menjalankan kewajipan mengajak masyarakat kepada perkara kebaikan dan taqwa, sudah tentu kita akan melihat satu senerio atau keadaan yang cantik bersih dan indah sebab Islam mengutamakan kebersihan dan Allah mencintai pada keindahan.

2 Comments »

  1. alhamdulillah, saya lawati tempat itu telahpun diperkemas dan banyak yang sudah berubah barulah lega, begitulah yang dinamakan semporna, sungguhpun begitu masyarakat dan orang ramai masih perlu terus peka, janganlah rosakkan imej pekan kita dengan perkara-perkara yang sakit di hati dan di mata yang memandangnya, harta benda awam jangan dirosakkan sebab kerperluannya ada pada orang lain, hendaklah sentiasa bersyukur kepada nikmat yang Allah kurniakan kita baru Allah menambahnya…

    Comment by mattanjo — November 29, 2009 @ 5:55 am


  2. Quantcast

    Taniah kerana anda prihatin terhadap masalah sampah di Daerah kita, sepatutnya pihak Majlis Daerah Semporna peka terhadap masalah ini.Saya pernah menganjurkan satu kempen membuang sampah yang diberi nama SEMPORNA MARINE DAY 2006 bersama syarikat Pelancungan SIPADAN WATER VILLAGE, alhamdullillah peryertaan orang tempatan masa itu antara 1500 orang – 1800 orang. Ini bererti jika pemimpin peka dan mengadakan majlis segini setiap bulan insyallah SEMPORNA akan jadi bersih… sikap ini mesti dimulakan oleh pemimpin sebelum rakyat mengikutinya.
    Tq. sani

    Comment by Abdullah Sani Hj Abdul Salleh — November 30, 2009 @ 8:45 pm

Sunday, November 8, 2009

USIA perlukan reformasi ...?

Melihat kepada perkembangan mutakhir, USIA hari ini yang sudah berusia lebih 40 tahun, sampai masa ia perlu kepada reformasi serta penstrukturan semula organisasinya supaya ia lebih mantap dan lebih efisen dalam kebangkitan perjuangannya sebagai NGO yang berteras kepada Dakwah Islamiah demi kemaslahatan Ummat Islam yang menjadi rakyat Negeri Sabah dan dapat pula membersihkan imejnya serta menghapuskan segala yang negatif memalitkan imej menjadi jelek kepada rakyat Sabah khususnya. Bermula dari soal-soal keahlian, keahlian dalam mana-mana juga Organisasi adalah perkara yang sangat diutamakan, boleh dikatakan kepada Ahli-Ahli lah terletaknya akautibiliti atau tanggungjawab yang akan menentukan halatuju perjalanan dan matalamat sesebuah Organisasi mengikut Dasar dan Perlembagaannya. Seringkali juga keahlian Organisasi yang tidak terurus secara sistematik menjadi penyebab kepada akibat-akibat yang fatal kepada organisasi itu sendiri, sebagimana yang pernah berlaku kepada yang lain seperti Pembatalan Pendaftaran oleh Pendaftar Petubuhan ROS), atau tidak sahnya sesuatu Mesyuarat Agung atau Mesyuarat Luarbiasa atau Mesyuarat-mesyuarat Lain di Peringkat lainnya. Hakikatnya keperluan kepada penstrukturan semula organisasi itu sentiasa akan ada dari semasa ke semasa tidak terkecuali USIA.


USIA sebagai sebuah NGO yang berperanan memartabatkan status Umat Islam di Sabah, telahpun menjangkau usia seumur dengan usia Kemerdekaan Negeri Sabah melalui Malaysia. Penubuhannya memang bertepatan dengan masa mula-mula kita mencapai Kemerdekaan, jadi tidaklah jadi sesuatu yang keterlaluan kalau kita katakan USIA itu Peniup Ruh Islam kepada Rakyat Sabah sewaktu kita mula-mula merdeka yang pada ketika kita masih serba kekurangan dari berbagai-bagai segi untuk membangunkan dan menyedarkan bahawa Islam perlu dimertabatkan sesuai dengan statusnya sebagai Agama Rasmi di Sabah dalam ertikata yang sebenar.
Ahli-Ahli USIA sehingga hari ini masih bertaburan di seluruh Negeri walaupun jumlahnya masih lagi besar dan terdiri daripada pelbagai suku kaum dan juga Lapisan Masyarakat. Kini USIA telah melangkah jauh ke hadapan dengan melalui serta menempuh liku-liku dan ranjau-ranjau yang berduri dalam perjuangannya yang secara pasti perjuangannya masih belum selesai.


Satu Perkara yang perlu dingat bahawa USNO (Parti Politik yang membawa Kemerdekaan Sabah) dan USIA suatu ketika dulu sangat sinonim, dan kebetulan ia diasaskan Penubuhannya sebagai sebuah Organisasi Bukan Kerajaan dan manjadi sayap Kerajaan oleh orang yang sama iaitu Yabhg. Tun Datu Mustapha Bin Datu Harun, yang telah mengisytiharkan semua Ahli USNO adalah secara otomatik menjadi Ahli USIA.


USNO telah bubar, maknanya Ahli-Ahli USIA yang ada sekarang adalah Ahli USIA secara mutlak meskipun orangnya tetap juga sama. Ini tidak ada salahnya justertu itulah yang perlu kepada anjakan pradigma supaya USIA dapat keluar dari kepompong yang terbentuk pada zaman USNO dan tidak terus berpegang dengan agenda lamanya yang mungkin banyak sudah yang tidak releven lagi dengan keperluan semasa. Pindaan Perlembagaan dalam konteks ini dianggap perlu kerana USNO sudah tiada, sungguhpun ada usaha menghidupkan semula USNO, ini tidak bermakna USIA harus pulang ke gagang, kehairan UMNO bkan untuk mengganti USIA, dan kelak USIA boleh berdiri sendiri sebagai Organisasi yang prominen yang memertabatkan dan mengangkat darjat serta integriti Umat Islam di Negeri Sabah dengan Identiti dan entiti sendiri.


Seperkara lagi tentang keahlian ialah soal yuran yang tidak boleh dipandang ringan, memang tidak sekali-kali dapat dinafikan bahawa yuran bagi sesebuah organisasi itu merupakan sebahagian daripada agenda Pengumpulan Dana, tetapi dalam banyak hal yang kita lihat, Keahlian dan Yuran-yuran Ahli Organisasi ini telah tidak terurus secara teratur. Kenapa boleh terjadi begitu ? bukan soalnya yang perlu dipanjang lebarkan merumuskannya. Apa yang sangat ketara kalau kita telti ialah sikap dan mentaliti segelintir individu-individu yang telah menjadi ahli organisasi itu sendiri yang banyak kepada memikirkan apakah faedah atau habuan yang bakal diperolehi oleh mereka daripada organisasi yang dianggotainya, daripada menanamkan azam dan sifat bekerja atau bekhidmat untuk organisasi, jadi lebih banyak kepada individu itu berkira daripada menyumbang sehingga akhirnya berlakulah pengabaian terhadap tanggungjawab yang sekecil ini disebabkan perlakuan set minda sebegitu.


Cara apa yang dapat difikirkan pada masa ini, ialah mengusulkan supaya menukarkan melalui Pindaan Perlembagaan bagi Yuran Biasa yang perlu dibayar oleh setiap Ahli setiap Tahun kepada Yuran bagi keahlian seumur umur hidup sebagai salah satu langkah mereformasi USIA. kalau boleh kita mengambil contoh serta saranan YAB Perdana Menteri, Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang pernah menyuarakan supaya Organisasi lain yang bersama dalam Wadah Perjuangan mensukseskan gagasan serta Wawasan Negara, turut menyertai langkah mereformasikan Organisasinya supaya ia terus releven kepada kehendak dan keperluan semasa.


Melalui Pindaan Perlembagaan sahaja perkara-perkara tersebut dapat dilaksanakan. Sekiranya perkara ini dapat direalisasikan, ia akan memberi impak dan kesan yang positif disebabkan akan tidak lagi wujud tunggakan dan Senarai Keahlian kelak akan dengan sendirinya dapat dikemaskinikan dan ditadbir secara lebih sistematik, perkara-perkara yang menjadi beklog dan liabiliti organisasi pun akan dapat dikurangkan pastinya produktibiti pula dapat ditingkatkan.


Kelihatan sekarang ini USIA lebih daripada mampu untuk melaksanakan peranan terhadap kemaslahatan Ummat Islam di Sabah, aset yang ada pada USIA pun lebih daripada cukup untuk menggerakkan program dan aktibitinya serta pelan tindakannya secara strategik, namun terserahlah juga kepada Kempimpinan USIA yang kelak akan terpilih nanti, untuk menentukannya dengan pasti. Menjelang Perhimpunan Agung USIA ke 23 nanti, para ahli yang terlibat dalam perbahasan kelak dimintalah supaya mereka memberi pandangan yang pragmatic sebagai landasan untuk membina kekuatannya yang menjaminkan kejayaan dalam memperjuangkan dan memertabatkan Islam sebagai agama rasmi di Sabah dan tinggalkan set minda yang jumud yang hanya membawa kepada kemunduran Islam itu sendiri.

Wallahu a`lam.