Maksud Firman Allah :” Wahai jiwa yang tenteram kembalilah kepada Tuhanmu dengan redha meredha “ . .
Dalam kehidupan manusia walaupun sudah cukup maju dengan kepelbagaian kemudahan yang ada bahkan sampai dapat meneroka angkasa dengan adanya teknologi yang canggih, lagi dunia pun sudah semakin kecil dan tidak bersempadan lagi oleh kerana kemajuannya, namun tidak dapat dimungkiri dan dinafi bahawa masih juga ada dikalangan kita yang masih tercari-cari arah dari tujuan kehidupan ini, lalai dengan keseronokan duniawi sehingga beranggapan dunia itu materilisma semata-mata, ini membawanya semakin hanyut dan lupa kepada asal usul dari mana datangnya kita, untuk apa Allah menciptakan kita. Selalu keresahan mencengkami jiwa kerana merasa masih belum puas dan masih ada yang kurang dan belum terlaksana, sehingga terus menerus mencari-cari benda yang tidak akan ada penghujung jalannya, justeru itu menyebabkan manusia tidak merasa tidur tetapi terlena, dan ada yang memilih jalan keluar untuk ketenangan dengan cara yang salah sampaikan terjebak ke jalan kesesatan sehingga berbuat perkara-perkara yang bertentangan dengan Perintah Agama dan Negara, begitu lah nafsu bila telah menguasai hati manusia,
Gafla itu lupa kepada Allah, sebagai Sang Pencipta kepada semua nikmat yang ada, yang dikurniakan Nya kepada manusia supaya mereka bersyukur tetapi yang terjadi kebanyakan yang sebaliknya. Apabila hati sudah merasa kosong dan hampa kerana ditimpa bala bencana barulah sedar bahawa ada kuasa yang maha tinggi sebalik perbuatannya yang takabbur iatu Allah SWT.
Hal ini sebenarnya terjadi berpunca daripada kewujudan blok-blok yang menghalang atau mendinding kepada apa yang dititipkan Allah iaitu “Qalbu” pada diri manusia itu hingga tertutup daripada Pancaran Nur Ilahi yang memberi cahaya kepada hati nurani dalam menempuh perjalanan kehidupannya, kerana selalu lupa untuk mensyukuri pada nikmatnya., maka Jiwanya mati sekalipun jasadnya masih mampu bergerak ke sana dan kemari. Qalbu yang di dalamnya tersimpan rahasia perbendaharaan Tuhan itu berfungsi untuk mengingat hadrat Allah sebagai Rabb, dan jauh masuk kedalam lubuk hati nurani terletak rasa dan mesra terhadap kasih sayang ilahi Rabbi. Dalam hal ini, bersama jiwa akan terus hidup dan merasakan segala nikmat dengan penuh kesyukuran kepada Allah swt dari pancaran nurnya melonjakkan dan mengerakkan hati dan melangkahkan kaki ke arah yang mendapat redha Ilahi.
Mencari kedamaian hati yang dingini tidak akan berhasil kalau tidak kembali kepada Allah yang mencipta manusia untuk tujuan mengabdikan diri kepadaNYA. Allah dengan kasihNya telah menunjukkan jalan bagaimana hanya sahaja manusia selalu lupa, kadang didorong oleh keegoan manausia yang mengaku semua adalah atas usahanya dan menafikan hak-hak Allah.
Allah telah berfirman untuk mengingatkan kita, di dalam Alquran Surah Ar-ra`du ayat 28:
الـذين امنوا وتطـمـئن قـلـو بهـم بذكـرالله ألا بذكـرالله تطمئن الـقـلـوب
yang bermaksud: “ orang-orang yang beriman itu tenteram hati mereka dengan mengingat Allah, ketahuilah mengingat Allah itu mententeramkan hati “.
Mengingat Allah atau Zikrullah adalah perbuatan yang agung sebagaimana dimaksudkan firmanNya dalam suah al-Jumaah: ” mengingat Allah itu pekerjaan yang besar ” dan ia adalah ” silatu bainal abdi wa rab ” yang berhasil menghubungkan diri kepada Allah dan dekat kepadaNya, ada istilah menyebutnya sebagai ” spiritual journey “ dan ia juga merupakan menefestasi atau pernyataan syukur kita kepadaNya. Dalam hal ini ada keperluan kepada metode yang dapat menyampaikan kita kepada tujuannya. Bimbingan Mursyid yang arif dalam hal-hal berhubung dengan Ruhaniah perlu dicari, sebab dengannya dapat kita petunjuk amaliah mendekatkan diri kepada Allah dengan sempurna, percayalah ubat kepada Penyakit hati itu tidak lain daripada Dzikrullah.
wallahua`lam.
No comments:
Post a Comment